create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, February 18, 2010

iNAI


At The 1st attempt,,aku suker bangat ngan inai,,tym cousin aku kawen,,aku yang buatkan,,,
My reviEW pergi Pameran Perkahwinan di TTC,KT,,aku terjumper cara nak buat inai sendiri tanpa habiskan lebih kurang 2oo..skrang dah ade yang mcm stiker,,u just paste ukiran yang stiker tuh n put the the inai tiub kat atas dia,,huhu senang.adik aku lagi la,,
ala ateh,ko hulur tangan kat jalan TAR rm5 je.huhu..


but...
tapi after i review banyak bahan,,,aku pun putuskan tak nk ukir inai,,just pakai inai kat hujung jari,,
nak tau y?tym aku tanyer ustaz pun macam tuh..baru ni tym pergi survey kat kedai pengantin ada sebuah kedai yang menghighlight pasal inai,.,mereka tidak menawarkan perkhidmatan inai kerana haram,
daru segi hukumnya meletakan inai harus pada hujung jari dan kuku.
ni yang aku dapat dari cHIka n siti aishah,,,

Hukum memakai inai
bagi wanita

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).

  • Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki

Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’

Namun,

terdapat riwayat menyatakan :

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)

  • Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin.

Ada banyak pendapat.

Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.

Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hanbali
berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

apa yang aku paham n buat konlusi:
act asal2nya hukumnya harus tapi apabila coraknya berubah hukumnya berubah..pada aku,,jika ragu2 kita perlu hindarkannya,,

p/s: i really need others comment,,pliz..


upDateD: ni wat i god dalam lamen web jakim::

Memakai inai di tangan dan kaki bagi wanita adalah harus. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw. yang bermaksud:Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Manakala mazhab Syafi'ie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai inai pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya.

Mengenai pemakain inai bercorak di tangan dan di kaki, panel berpendapat jika dapat dielakkan adalah lebih baik kerana dibimbangi perbuatan itu boleh dikaitkan dengan meniru perbuatan orang bukan Islam. .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails