create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, March 4, 2010

kebahagian Rumah tangga


hari yang Penat,,huhu,,ye la setelah seminggu berhempas pulas,,workinglife erm,,
balik2 n rest..
i love to read..
my dear b2b,,act,banyak yang kita kene prepare untuk mendirikan masjid nin banyak sgt halangan yang perlu ditempuhi,,yap,,aku rase samapi satu tahap stress nye..
nasihat 4 diriku n dirimu,,banyak2kn bersabar n b rasional...n satu g,,banyakkan membaca ilmu rumah tangga,,,
lets read dis..
petua rumah tangga

"Wahai isteri...berbaktilah pada suami kamu selagi mana kehendaknya tidak bertentangan dengan suruhan Allah swt dan Rasulullah...Sesungguhnya setiap kebaikan itu pasti Allah balas dengan kebaikan yang lebih berlipat kali ganda"

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan
Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri
baginda..........

1) Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm
satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah,
tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau
bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda
Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali
padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

2) Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.
menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ke dlm bejana tesebut."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

3. Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yg sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan
mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian
saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda
mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya
letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

4. Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti
mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda
menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda
singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda
bermalam di tempatnya."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

5. Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah
mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi
wuduknya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa
mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

6. Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya
di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca
Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

7. Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg
di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

8. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata,
"Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah
dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari
fitnah yg menyesatkan. "
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

9. Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w
di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di
atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah &
baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di
tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah
ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena
titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian
baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).

10. Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w
menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesunggu hnya aku
pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan
beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja
Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di
kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan
memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata, "Ternyata keadaan
Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w dan hadiah tersebut
di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing
isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan
pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat
Ahmad )

11. Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda
masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda
kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap
dalam rupa syaitan..... ..apabila seseorang di antara kamu melihat wanita
yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada
hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda,
memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap dan
perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan
sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails